Firdaus Nadxaman

Firdaus Nadxaman merupakan seorang pelakon dan pengarah filem di Malaysia. Beliau bermula kerjaya seninya sebagai pelakon pada 2015, dan kini melebarkan sayapnya mencuba nasib sebagai penerbit menerusi filem Langsuir (2018).Firdaus yang terkenal melalui lakonannya dalam drama Melakonlia juga memiliki syarikat penerbitnya sendiri, Guam Temawork. Beliau cenderung untuk menerbitkan filem genre komedi seram, dan filem Langsuir adalah projek pertamanya selaku penerbit eksekutif kerana sebelum ini syarikat itu lebih kepada bisnes pembinaan dan hartanah.[1]Projek filem ini turut mendapat kerja sama dari Osman Ali selaku pengarah filem itu[2], dan juga khidmat pelakon dan pengarah Ellie Suriaty sebagai tenaga pengajar sebelum penggambaran bermula.Firdaus sebelum ini pernah terlibat dengan beberapa filem arahan Osman Ali seperti filem Jiwa Taiko, Sejoli, Langit Cinta, Pinjamkan Hatiku, Jwanita dan Sinaran.

Firdaus Nadxaman

Pekerjaan
Tahun aktif 2015–kini
Kelahiran 1989